Shopee: empayar perniagaan e-dagang masa kini / Iskandar Ariffin, Nur Alia Amirnordin and Habsah Kasim

Ariffin, Iskandar and Amirnordin, Nur Alia and Kasim, Habsah (2021) Shopee: empayar perniagaan e-dagang masa kini / Iskandar Ariffin, Nur Alia Amirnordin and Habsah Kasim. ASPIRASI FPP, 2. pp. 10-13. ISSN 2735-0525
Abstract

Shopee Pte. Ltd. adalah syarikat teknologi multinasional berpusat di Singapura yang memfokuskan perniagaan menggunakan platform e- dagang. Shopee telah dilancarkan di Singapura pada tahun 2015 dan kemudian telah memperluaskan empayar perniagaan ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Filipina, Brazil, Mexico, Chile, dan Colombia. la juga beroperasi di Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan sebagai pusat jualan. Syarikat ini dimiliki oleh Forrest Xiaodong Li, seorang peniaga Singapura kelahiran China. Beliau adalah merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sea Limited iaitu syarikat induk untuk Shopee, SeaMoney dan Garena. Syarikat ini diasaskan bersama oleh Forrest Li, Gang Ye dan David Chen. Dengan nilai bersih kekayaan USD $19.8 Billion, Forrest Li di nobatkan sebagai orang terkaya di Singapura pada 2021.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65047.pdf]
Text
65047.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics