Memandiri usahawan melalui model MLC berteraskan Islam / Prof. Madya Dr. Selamah Maamor and Mohamad Naim Abd Halim

Maamor, Selamah and Abd Halim, Mohamad Naim (2021) Memandiri usahawan melalui model MLC berteraskan Islam / Prof. Madya Dr. Selamah Maamor and Mohamad Naim Abd Halim. ASPIRASI FPP, 1. pp. 43-46. ISSN 2735-0525

Abstract

Ujian Covid-19 kepada seluruh dunia telah diharungi lebih setahun dan walaupun dunia telah menemukan vaksin, namun kebanyakan negara masih berhati-hati dengan situasi ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih diteruskan mengikut kesesuaian kes semasa termasuklah di Malaysia. Justeru, kesan penularan pendamik ini makin dirasai sehingga ada yang mengibaratkannya sebagai ’datangnya seperti ribut, perginya seperti semut’. Semua lapisan masyarakat terkesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, tidak kira yang tua, muda, bekerja, penganggur, peniaga, suri rumah, usahawan kecil, sederhana mahupun ahli korporat. Mahu atau tidak semua perlu mengharunginya bersama demi kelangsungan hidup masing-masing. Usahawan kecil adalah antara golongan paling terkesan kerana kehilangan punca pendapatan akibat tidak dapat menjalankan perniagaan atau aktiviti ekonomi. Kebanyakan mereka tidak bersedia menghadapi situasi ini apatah lagi untuk mengubah strategi perniagaan mereka dalam masa yang singkat seperti daripada secara bersemuka kepada bentuk atas talian dengan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat. Selain daripada peningkatan kos operasi, mereka juga berhadapan dengan kemerosotan jualan, kehilangan pekerja dan terpaksa pula belajar menjual menggunakan platform digital iaitu secara atas talian. Justeru, ketahanan mental sangat penting dalam menghadapi situasi kritikal ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Maamor, Selamah
UNSPECIFIED
Abd Halim, Mohamad Naim
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Volume: 1
Page Range: pp. 43-46
Keywords: Memandiri, usahawan, MLC, Islam
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65042
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65042.pdf] Text
65042.pdf

Download (1MB)

ID Number

65042

Indexing

Statistic

Statistic details