Abstract
Krisis Covid-19 bukan hanya menjejaskan soal kesihatan, tetapi telah memperlihatkan kemerosotan ekonomi global dan turut memberi kesan yang besar kepada pengurusan kewangan di kalangan individu. Mengetahui cara terbaik untuk berbelanja, berjimat dan melabur mungkin bukan satu isu besar sebelum krisis ini terjadi. Malangnya, krisis pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan pengurusan kewangan kebanyakan rakyat Malaysia kini menjadi lemah. Situasi ini telah menyedarkan orang ramai untuk mengakui bijak urus kewangan sebagai satu kemahiran yang penting supaya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sama ada di peringkat global mahupun tempatan. Berdasarkan laman sesawang Malaysianow.com, satu kaji selidik telah mendedahkan tabiat kewangan rakyat Malaysia hampir tidak berubah dalam tempoh sama tahun lepas. Keadaan ini amat membimbangkan di mana setiap individu haruslah lebih bijak dalam berbelanja pada musim pandemik ini. Hampir separuh daripada responden mengatakan mereka masih lagi berbelanja mengikut pendapatan yang diperolehi atau lebih, manakala baki responden mendedahkan mereka berkemungkinan hanya mampu bertahan selama tiga bulan dengan hanya menggunakan simpanan untuk sara hidup sekiranya hilang pekerjaan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal, Nurazilah UNSPECIFIED Ramli, Zarifah Fadilah UNSPECIFIED Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Md Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation > Investment companies. Investment trusts. Mutual funds P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 29-31 |
Keywords: | Kewangan, Pelaburan, Bijak, Kewangan, Covid-19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65037 |