Abstract
Aini Marhanna bt Mohd Nour Azlan atau lebih dikenali sebagai Hanna Lola Azlan merupakan anak kedua dari 7 adik-beradik. Berusia 35 tahun dan mula meminati dunia perniagaan sejak kecil lagi atas minat yang disemai oleh ayahanda Mohd Nour Azlan bin Ibrahim yang merupakan seorang jurutera dan bonda Rosni Abdullah yang merupakan seorang jururawat dan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Sejak dari usia 8 tahun, Aini Marhanna berimpian untuk mempunyai perniagaan sendiri seperti ayahanda beliau yang menerajui perniagaan kicap jenama Muslim Best yang diusahakan bersama rakan kongsi dan dijual di pasaran Pantai Timur. Menurut Hanna, sejak kecil lagi, ayahandanya sering membawa beliau bersama apabila ke kilang dan ini mencetus minat yang mendalam dalam diri Hanna. Beliau sangat mengagumi ayahandanya yang merupakan idola beliau. Ayahandanya sering menitipkan pesanan-pesanan yang kekal dalam ingatan walaupun Hanna masih kecil dan masih kurang memahami erti perniagaan namun ia dapat membentuk ciri-ciri kematangan dan semangat juang yang tinggi dalam diri beliau. Malah, pesanan ayahanda iaitu “Be a Leader, Not a Boss” akan terus melekat di dalam hati dan sanubari seorang anak yang bernama Aini Marhanna.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Wan Normila (Dr.) UNSPECIFIED Mohd Mahyideen, Jamilah (Dr.) UNSPECIFIED Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan UNSPECIFIED Yaakob, Hafisah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Page Range: | pp. 2-6 |
Keywords: | perniagaan, kicap, Muslim Best |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65029 |