Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan pewaris yang mewarisi satu seni budaya kompang iaitu Ismail A.Hamid Ramai kalangan masyarakat pada masa kini, terutamanya generasi yang baru dalam era ini tidak mengetahui secara langsung tentang kewujudan seni tradisional yang unik ini yang juga merupakan salah satu daripada pecahan kategori dalam permainan peralatan muzik tradisional kompang ini Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang salah satunya tokoh yang masih mewarisi kesenian ini, projek sejarah lisan akan cuba mengungkap kebenaran sebenar disebalik isu yang sering kali dikaitkan dengan kesenian ini iaitu pengunaan kulit binatang. Bermula daripada sejarah tentang kompang tersebut, kajian ini turut memfokuskan secara menyeluruh tentang bahan yang diperlukan dalam membuat kompang, cara belajar pukulan kompang,fungsi setiap pukulan kompang, jenis lagu dan juga isu-isu yang berkaitan dan yang paling utama adalah keunikan budaya kompang Ismail A.Hamid tersebut. Kajian ini bukan sahaja melalui Encik Ismail A.Hamid sendiri, malah ianya juga turut diperolehi dari beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian yang telah dilakukan. Implikasi kajian ini adalah untuk pengkaji, pelajar dan orang awam. Melalui projek sejarah lisan ini, diharap masyarakat luar terutamanya generasi muda lebih mengenali dengan lebih lanjut tentang seni budaya kompang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ghazali, Muhammad Amirul Syafiq 2020980385 Johar, Ahmad Arfy Ahnaf 2020369041 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee A.Hamid, Ismail UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education M Music and Books on Music > ML Literature of music > Instruments and instrumental music |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Seni tradisional; Kompang; Sejarah lisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65026 |