Abstract
Sejarah lisan merupakan antara kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik menggunakan kaedah wawancara. Kajian yang dilakukan terhadap tokoh-tokoh yang dipilih untuk menghasilkan sesuatu maklumat berserta dengan pengalaman mengenai diri mereka sendiri mahupun keadaan persekitaran atau berkaitan dengan sesuatu peristiwa. Transkrip ini membincangkan tentangpengalaman seorang tokoh yang merupakan satu-satunya yang masih mewarisi satu warisan seni tenunan Diraja Pahang. Sejarah lisan hendaklah dirakamkan dan ditulis semula bagi mengekalkan bukti sejarah yang terdapat pada sesuatu peristiwa dan juga menghubungkan zaman dahulu dengan zaman teknologi pada masa kini Sejarah lisan dikaji untuk mengenalpasti kesan warisan seni terhadap perubahan teknologi, faktor yang mendorong warisan seni semakin dilupakan serta hubungan antara warisan seni dengan sejarah lisan. Mengekalkan warisan kesenian tradisional adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu tidak kira golongan yang tua mahupun yang muda. la kerana kesenian tradisional merupakan warisan yang ditinggalkan oleh generasi masyarakat Melayu terdahulu sebagai adab dan budaya yang sangat bernilai Melalui projek sejarah lisan inijuga, diharap masyarakat luar terutamanya generasipada masa sekarang sakan mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang warisan seni Tenunan Diraja Pahang ini
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Adbulla@Abdullah, Amy Zahira 2020971307 Sha'ari, Siti Roshasnita 2020981083 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Abd Kadir, Natipah@Nor Tipah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Songket |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah Lisan; Warisan Seni; Tradisional; Tenunan Diraja Pahang |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65015 |