Abstract
Pernahkah anda menerima panggilan seperti ini? “Kami membuat panggilan dari pihak Mahkamah mendapati bahawa anda masih tidak menjelaskan saman bernilai RM1000”. Sekiranya pernah, anda mungkin salah seorang yang telah menjadi mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu oleh Sindiket Macau Scam. Kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi kes penipuan Macau Scam yang melibatkan bukan sahaja warga tua sebagai mangsa, malah orang muda juga turut terperangkap dengan sindiket ini dengan kerugian yang mencecah jutaan ringgit. Siapa sebenarnya Macau Scam ini? Sindiket Macau Scam atau Telecommunication Fraud ini sebenarnya didalangi oleh warga tempatan dan warga asing yang cuba menipu mangsa mereka dengan membuat panggilan secara rawak dan rambang dengan mendakwa mereka mewakili dari mana-mana institusi kewangan. Ia kebiasaannya dilakukan menggunakan talian antarabangsa dari lokasi di Asia Timur seperti China, Taiwan Hong Kong dan juga dari dalam negara. Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada mangsa.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Mohd Syahril UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Commercial crimes. Financial crimes. White collar crimes P Language and Literature > PN Literature (General) H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Criminology > Commercial crimes. Financial crimes |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 45-48 |
Keywords: | Macau Scam, Sindiket, Asia Timur |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65002 |