Umum: pelajar & perniagaan / Nur Alia Amirnordin ... [et al.]

Amirnordin, Nur Alia and Abd Karim, Hilwana and Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu and Md. Akhir, Norhaniza and Zainal, Dr. Nurazilah (2020) Umum: pelajar & perniagaan / Nur Alia Amirnordin ... [et al.]. ASPIRASI FPP. pp. 42-44. ISSN 2735-0509
Abstract

Alam pembelajaran di universiti sangat mencabar. Bermula dari sesi pendaftaran sebagai pelajar baru sehingga tamat pengajian; para pelajar bakal dan telah menghadapi halangan dan cabaran dalam menimba ilmu. Dalam dunia kini yang lebih mencabar, serba serbi memerlukan wang apatah lagi sebagai pelajar dalam meniti sesi pengajian sehingga tamat. Bermula dari semester pertama hingga tamat pengajian, pelajar memerlukan wang untuk keperluan nota, projek individu dan berkumpulan serta kerja-kerja lapangan. Ibu bapa merupakan tempat bergantung yang paling dekat untuk mendapatkan sumber kewangan. Bagi keluarga yang mempunyai kewangan yang stabil, tidak menjadi masalah untuk menyediakan keperluan yang secukupnya untuk anak mereka yang bergelar pelajar. Tetapi bagi keluarga yang susah, ianya adalah satu kepayahan untuk menyediakan wang bagi tujuan pembelajaran anak-anak mereka apatah lagi di peringkat universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65001.pdf]
Text
65001.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics