Abstract
Alam pembelajaran di universiti sangat mencabar. Bermula dari sesi pendaftaran sebagai pelajar baru sehingga tamat pengajian; para pelajar bakal dan telah menghadapi halangan dan cabaran dalam menimba ilmu. Dalam dunia kini yang lebih mencabar, serba serbi memerlukan wang apatah lagi sebagai pelajar dalam meniti sesi pengajian sehingga tamat. Bermula dari semester pertama hingga tamat pengajian, pelajar memerlukan wang untuk keperluan nota, projek individu dan berkumpulan serta kerja-kerja lapangan. Ibu bapa merupakan tempat bergantung yang paling dekat untuk mendapatkan sumber kewangan. Bagi keluarga yang mempunyai kewangan yang stabil, tidak menjadi masalah untuk menyediakan keperluan yang secukupnya untuk anak mereka yang bergelar pelajar. Tetapi bagi keluarga yang susah, ianya adalah satu kepayahan untuk menyediakan wang bagi tujuan pembelajaran anak-anak mereka apatah lagi di peringkat universiti.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Amirnordin, Nur Alia UNSPECIFIED Abd Karim, Hilwana UNSPECIFIED Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu UNSPECIFIED Md. Akhir, Norhaniza UNSPECIFIED Zainal, Dr. Nurazilah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation H Social Sciences > HF Commerce > Success in business. Performance P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 42-44 |
Keywords: | Umum, Pelajar, Perniagaan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65001 |