Sambal belacan dapur ibu: bukti kejayaan perniagaan keluarga / Nur Fadhlina Zainal Abedin

Zainal Abedin, Nur Fadhlina (2020) Sambal belacan dapur ibu: bukti kejayaan perniagaan keluarga / Nur Fadhlina Zainal Abedin. ASPIRASI FPP. pp. 2-4. ISSN 2735-0509
Abstract

Kejayaan perniagaan keluarga yang dijalankan oleh Dapur Ibu Food Industry menarik perhatian saya untuk diketengahkan dalam sekmen Aspirasi pada kali ini. Lapan tahun lalu saat perniagaan ini ditubuhkan, tidak terjangkau di fikiran kebanyakan kita bahawa sambal belacan iaitu menu wajib bagi kebanyakan rakyat Malaysia ini dapat dikomersilkan secara meluas. Hanya dengan sambal belacan yang sering berkait dengan lesung batu, ia mampu tembusi pasaran pasar raya-pasar raya besar, malah sehingga ke luar negara. Bagaimanakah idea perniagaan sambal belacan ini boleh tercetus? Saya menemubual pengurus besar syarikat pemilikan keluarga ini Encik Muhammad Naaim Bin Ahmad Faisol dan isteri Insyirah Ismail yang diberi tanggungjawab utama oleh keluarga dalam membangunkan perniagaan mereka. Bagi mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan, sesi temubual hanya dilakukan melalui panggilan telefon dan aplikasi mesej sahaja. Menurut menantu kepada pengasas Dapur Ibu Allahyarham Ismail Abdul Kader ini, ilham untuk mengkomersilkan sambal belacan bermula apabila arwah ayah mertua dan ibu mertuanya Puan Kabiroh Binti Yusuf menunaikan ibadah haji.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64968.pdf]
Text
64968.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics