Abstract
Kejayaan perniagaan keluarga yang dijalankan oleh Dapur Ibu Food Industry menarik perhatian saya untuk diketengahkan dalam sekmen Aspirasi pada kali ini. Lapan tahun lalu saat perniagaan ini ditubuhkan, tidak terjangkau di fikiran kebanyakan kita bahawa sambal belacan iaitu menu wajib bagi kebanyakan rakyat Malaysia ini dapat dikomersilkan secara meluas. Hanya dengan sambal belacan yang sering berkait dengan lesung batu, ia mampu tembusi pasaran pasar raya-pasar raya besar, malah sehingga ke luar negara. Bagaimanakah idea perniagaan sambal belacan ini boleh tercetus? Saya menemubual pengurus besar syarikat pemilikan keluarga ini Encik Muhammad Naaim Bin Ahmad Faisol dan isteri Insyirah Ismail yang diberi tanggungjawab utama oleh keluarga dalam membangunkan perniagaan mereka. Bagi mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan, sesi temubual hanya dilakukan melalui panggilan telefon dan aplikasi mesej sahaja. Menurut menantu kepada pengasas Dapur Ibu Allahyarham Ismail Abdul Kader ini, ilham untuk mengkomersilkan sambal belacan bermula apabila arwah ayah mertua dan ibu mertuanya Puan Kabiroh Binti Yusuf menunaikan ibadah haji.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Abedin, Nur Fadhlina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 2-4 |
Keywords: | Sambal Belacan, Dapur, Ibu, Perniagaan Keluarga |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64968 |