Abstract
Untuk sesi akademik Oktober 2021 - Februari 2022, seramai 10 orang pensyarah JSG telah dilantik sebagai penasihat akademik para pelajar Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Mereka adalah Puan Suhaiza Hasan, Dr. Mohd. Muzafa Jumidali, Dr. Azrinawati Md. Zin, Dr. Ainorkhilah Mahmood, Encik Sharaf Ahmad, Encik Mohd. Haris Ridzuan Oii Abdullah, Puan Wan Zarina Wan Kamaruddin, Puan Nurul Izza Husin, Encik Mohd. Bukhari Md. Yunus dan Cik Siti Azlina Rosli.
Justeru, pada 7 Oktober 2021 yang lalu, satu sesi perjumpaan penasihat akademik JSG bersama pelajar PPT telah diadakan secara maya. Perjumpaan ini telah diadakan secara atas talian oleh penasihat akademik masing-masing menggunakan platform seperti Google Meet, Microsoft Team dan lain-lain. Tujuan perjumpaan adalah untuk memperkenalkan para penasihat akademik kepada pelajar disamping memupuk hubungan baik sesama mereka. Selain itu, tugas dan tanggungjawab penasihat akademik juga dimaklumkan di sini. Antara peranan utama penasihat akademik adalah untuk memantau perjalanan serta prestasi akademik pelajar dari mula pengajian mereka sehingga bergraduat. Memandangkan program PPT dijalankan hanya satu semester, adalah penting untuk pelajar berhubung rapat dengan penasihat akademik bagi memastikan mereka dapat menempatkan diri dengan cemerlang ke program penerapan Diploma selanjutnya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Ainnie Rahayu UNSPECIFIED Hasan, Suhaiza UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Yusoff, Mohd Zaki UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Keywords: | Buletin, Jabatan Sains Gunaan, Uitm |
Date: | 11 April 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64873 |