Abstract
Istilah EQ pada asalnya telah dikemukakan oleh Salovey dan Mayer (1990) untuk menerangkan tentang pertalian rapat di antara faktor emosi dan pertimbangan rasional seseorang. Tertarik dengan idea kecerdasan emosi yang diketengahkan oleh Salovey dan Mayer (1990), Goleman (1995) mengutarakan konsep tersebut dalam sebuah buku yang kemudiannya menjadi antara yang terlaris jualannya di New York iaitu Emotional Intelligence. Menurut Goleman, selain daripada kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) juga memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang. Goleman (1998) seterusnya menjalankan kajian berkenaan kepentingan kecerdasan emosi kepada kepemimpinan perniagaan di dalam penulisan beliau yang berjudul “Working with emotional intelligence”. Beliau menegaskan pemimpin yang paling berkesan mempunyai ciri yang sama iaitu mereka semua mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Keperluan mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi tidak bermaksud ciri-ciri lain seperti kecerdasan inntelektual (IQ) dan kemahiran teknikal tidak relevan, namun kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi adalah asas kepemimpinan. Tanpa kecerdasan emosi, seseorang pemimpin masih belum mampu menjadi pemimpin yang hebat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Mahyideen, Jamilah (Dr.) UNSPECIFIED Mohamad, Wan Normila (Dr.) UNSPECIFIED Yaakob, Hafisah UNSPECIFIED Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0509 |
Page Range: | pp. 9-11 |
Keywords: | Kepimpinan, Emosi, Emotional Intelligence, EQ |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64784 |