Abstract
Berbagai jenis dan bentuk seni bina telah dibangunkan di negara kita. Setiap seni bina yang dibangunkan mempunyai kriteria serta maksud yang menjadi tunggak utama mengapa bangunan tersebut didirikan. Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang menjadikan masjid sebagai simbol utama umat Islam di Malaysia. Seni bina masjid mempunyai dua bentuk yang berlainan, iaitu bentuk dari pengaruh tradisi serantau atau dikenali sebagai masjid tradisional, manakala masjid kedua pula seni binaannya banyak terpengaruh dengan seni bina dari luar terutama dari Timur Tengah, Maghribi dan India. Objektif kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah awal dan latar belakang masjid dibina. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memahami definisi apa itu seni bina dan mendalami penggunaan unsur-unsur seni bina serta mengaitkannya dengan sejarah tempatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah sejarah lisan. Sejarah lisan merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam penyelidikan sejarah bagi mendapatkan dan mengesahkan kebenaran sesuatu fakta sejarah yang diperolehi.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Syed Ahmad Iskandar, Sharifah Iris Khaliesah 2020985611 Baharuddin, Nor Husna Mardziah 2020988379 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Syed Ariffin Al-Qudsi, Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NA Architecture > Mosques |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Seni Bina Masjid, Sejarah Lisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64761 |