Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Pareb bin Zamari, seorang pakar dalam pembuatan labu sayong di kawasan Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan generasi kelima dalam pembuatan labu sayong yang diwarisi sejak turun temurun. Pengalaman beliau dalam pembuatan labu sayong ini telah banyak dipelajari sejak tamat zaman pembelajaran di peringkat menengah dan telah menyambung mengambil bidang kraf tangan di salah satu institusi di Malaysia dan telah melanjutkan pengajian ke Jepun selama setahun. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui lebih mendalam tentang industri ini. Temubual ini telah dibahagikan kepada tiga soalan utama iaitu soalan orientasi yang menerangkan lebih lanjut tentang latar belakang tokoh yang ditemu ramah, soalan umum dan soalan spesifik mengenai pembuatan labu sayong. Berdasarkan soalan spesifik, terdapat tujuh subtopik antaranya cara pembuatan labu sayong, alat-alat yang digunakan serta yang berkaitan. Temubual ini telah dijalankan oleh Nor Nadiah binti Zainol dan Nur Athirah Husna binti Mahazan. Temubual ini dijalankan dua sesi secara atas talian menggunakan pelantar Google Meet pada 24 dan 25 Jun 2021.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainol, Nor Nadiah 2020975163 Mahazan, Nur Athirah Husna 2020991445 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Zamari@Zamri, Mohd Pareb UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NB Sculpture > History. Including collective biography |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Labu Sayong; Kuala Kangsar; kraftangan; Mohd Pareb Zamari @ Zamri; Seni Warisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64758 |