Transkrip temu bual bersama Encik Jibran Khalil bin Sindamadar mengenai pengalaman beliau sebagai penggiat aktif seni warisan boria / Nur Nasyitah Amani Marzuki and Nur Shamila Aniesya Samsudin

Marzuki, Nasyitah Amani and Samsudin, Nur Shamila Aniesya (2021) Transkrip temu bual bersama Encik Jibran Khalil bin Sindamadar mengenai pengalaman beliau sebagai penggiat aktif seni warisan boria / Nur Nasyitah Amani Marzuki and Nur Shamila Aniesya Samsudin. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan penggiat aktif seni warisan boria iaitu Encik Jibran Khalil Bin Haji Sindamadar. Dalam kalangan masyarakat pada masa kini, terutamanya generasi baru kurang mengetahui secara langsung tentang kewujudan seni yang unik ini yang juga merupakan salah satu daripada pecahan seni kebudayaan seperti wayang kulit, Mak Yong dan sebagainya. Projek sejarah lisan ini bermula dengan latar belakang diri dan keperibadian beliau, keluarga serta pendidikan. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh tersebut, kajian ini memfokuskan secara menyeluruh tentangperalatan, kos, dan bahagian-bahagian persembahan boria. Projek sejarah lisan ini juga mengisahkan tentang pencapaian dan anugerah yang telah diterima sepanjang karier beliau sebagai penggiat aktif boria di peringkat negeri dan antarabangsa. Seterusnya, penglibatan awal beliau, sumbangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang kerjayanya sebagai penggiat aktifboria di Pulau Pinang juga turut dikongsi dalam kajian ini Kajian ini juga menyatakan pandangan beliau mengenai perbezaan boria pada zaman dahulu dengan sekarang. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melaluiprojek sejarah lisan inijuga, diharap masyarakat terutamanya generasi pada masa sekarang akan mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang seni warisan boria ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64748.pdf]
Text
64748.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics