Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan penggiat aktif seni warisan boria iaitu Encik Jibran Khalil Bin Haji Sindamadar. Dalam kalangan masyarakat pada masa kini, terutamanya generasi baru kurang mengetahui secara langsung tentang kewujudan seni yang unik ini yang juga merupakan salah satu daripada pecahan seni kebudayaan seperti wayang kulit, Mak Yong dan sebagainya. Projek sejarah lisan ini bermula dengan latar belakang diri dan keperibadian beliau, keluarga serta pendidikan. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh tersebut, kajian ini memfokuskan secara menyeluruh tentangperalatan, kos, dan bahagian-bahagian persembahan boria. Projek sejarah lisan ini juga mengisahkan tentang pencapaian dan anugerah yang telah diterima sepanjang karier beliau sebagai penggiat aktif boria di peringkat negeri dan antarabangsa. Seterusnya, penglibatan awal beliau, sumbangan dan cabaran yang dihadapi sepanjang kerjayanya sebagai penggiat aktifboria di Pulau Pinang juga turut dikongsi dalam kajian ini Kajian ini juga menyatakan pandangan beliau mengenai perbezaan boria pada zaman dahulu dengan sekarang. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melaluiprojek sejarah lisan inijuga, diharap masyarakat terutamanya generasi pada masa sekarang akan mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang seni warisan boria ini.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Marzuki, Nasyitah Amani 2020994933 Samsudin, Nur Shamila Aniesya 2020963947 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Sindamadar, Jibran Khalil UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education M Music and Books on Music > M Music > Vocal music > Secular vocal music > Folk, national, and ethnic music |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Boria; Jibran Khalil; Persatuan Pulau Pinang; Seni Warisan; Sejarah lisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64748 |