Abstract
Transkrip yang dihasilkan ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan biografi seorang artis veteran yang telah mula bergiat aktif dalam industri nyanyian pada era 80an sehingga ke hari ini Transkrip ini mengungkap latar belakang dan pengalaman seorang anak seni dalam industri nyanyian iaitu Puan Zur Eda yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Artis veteran semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak tahu tentang kewujudan mereka. Lantaran itu, tujuan transkrip ini dihasilkan untuk memberi input dan inspirasi kepada generasi yang akan datang berkaitan pahit manis pengalaman serta kisah inspiratif yang dikongsikan oleh Puan Zur Eda sendiri Menerusi temubual yang dilakukan pengkaji bersama Puan Zur Eda, temubual ini lebih memfokuskan kepada biografi dan pengalaman Puan Zur Eda sepanjang bergelar artis selama 38 tahun di industri hiburan Malaysia. Kajian ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan kepada penyelidik, pelajar mahupun orang awam. Oleh yang demikian, pengkaji berharap temubual dan hasil kajian yang dilakukan bersama artis veteran ini akan memberi maklumat yang lebih terperinci dan ilmu yang baru khususnya kepada peminat Puan Zur Eda dan para pembaca yang lain mengenai jatuh bangun serta kisah disebalik kejayaan Puan Zur Eda pada hari ini.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nasir, Amar Izzat 2020465686 Mohd Shukeri, Norashikin 2020465088 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Mokhtar, Zuraidah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Artis; Artis veteran; Penyanyi; Industri hiburan; Seni; Bidang nyanyian, Sejarah lisan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64691 |