Abstract
Dasar Pembangunan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dimulakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971-1990 telah menjadi teras penting dalam proses penyusunan semula masyarakat di bawah Dasar Pembangunan Nasional seperti terkandung di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991 2000). MPPB merupakan satu program untuk mewujudkan sekumpulan usahawan yang berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing yang menumpukan perhatian kepada aspek meningkatkan keupayaan untuk mencipta dan mengurus kejayaan di sektor ekonomi moden. MPPB merujuk kepada individu, institusi dan syarikat yang diurus dan dimiliki oleh Bumiputera secara majoriti. Justeru itu, maka kajian ini telah mengupas masalah yang dihadapi oleh usahawan Bumiputera khususnya di bandar Sibu dari aspek penyertaan dan pencapaian mereka dalam sektor ekonomi sejajar dengan matlamat MPPB. Dalam proses mengkaji masalah yang dihadapi, penyelidik telah menggunakan borang soalselidik untuk mendapat maklumat dari responden.
Metadata
| Item Type: | Student Project | 
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Aseng, Bedindang UNSPECIFIED Poh, Thomas UNSPECIFIED Suhaili, Roziah UNSPECIFIED Johari, Suryanti UNSPECIFIED  | 
        
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor  | 
        
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies | 
| Programme: | Diploma Pentadbiran Awam | 
| Keywords: | usahawan bumiputera , perdagangan dan perindustrian | 
| Date: | March 2001 | 
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64555 | 
Download
64555.pdf
Download (1MB)
Digital Copy
Physical Copy
- Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
 
 On Shelf
  
  
  
  
  
  
  
  
	
        ID Number
64555
Indexing
		
		 
		
		
		
		
			
			
		
		
		
		
		
		
		
		
		
		
		
	
	
	
				