Abstract
Kajian ini adalah mengenai kemahiran teknik belajar di kalangan mahasiswa sepenuh masa yang merangkumi pelajar dari peringkat Diploma dan Ijazah di Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan, Cawangan Sarawak. Ianya di lihat dalam konteks untuk mengenal pasti apakah teknik-teknik atau kaedah-kaedah belajar yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Di samping itu, ia juga untuk mengenal pasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam pencapaian akademik dan seterusnya mencari penyelesaian yang bersesuaian untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisa sistem dan teknik belajar para pelajar dalam pencapaian akademik sekaligus untuk menilai serta membuat perbandingan faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian cemerlang di dalam akademik. Sampel kajian ini terdiri dari 100 orang responden. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak dengan mengedarkan borang soal selidik kepada mereka. 100 orang responden ini adalah jumlah wakil daripada seluruh program yang ditawarkan di sini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Akat, Ruvi Christina 2000261448 Sendau, Florence 2000261528 Mail, Suhailmie 2000428660 Micheal, Tony 2000664784 |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM |
Keywords: | teknik belajar, Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak |
Date: | April 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64538 |
Download
64538.pdf
Download (1MB)