Keberkesanan perkhidmatan pelanggan terhadap jualan di Moccis Trading Sdn Bhd / Mohamad Roslan Ental and Hamdiah Jamali

Ental, Mohamad Roslan and Jamali, Hamdiah (2000) Keberkesanan perkhidmatan pelanggan terhadap jualan di Moccis Trading Sdn Bhd / Mohamad Roslan Ental and Hamdiah Jamali. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Moccis Trading Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 April 1987 untuk mengambil alih operasi dan perniagaan Koperasi Belia Nasional (KOBENA). Dengan itu, ia dijalankan sebagai anak Syarikat Moccis. Kemudiannya, ia digabungkan ke dalam satu perbadanan pada 15 Mac 1995 dengan pengambilalihan syarikat yang kurang aktif seperti Natalpine (M) Sdn Bhd. Pada mulanya MTSB menjalankan operasi kecil-kecilan iaitu hanya dengan 3 (ruang pameran) cawangan dan keluaran yang dibekalkan juga terhad. Di mana ia terdiri daripada barangan elektrik dan perabot. Sehingga kini cawangan MTSB telah meningkat kepada 34 ruang pameran dan 19 rangkaian francais di seluruh Malaysia menyediakan kredit kepada pelanggan terhadap semua barangan pengguna termasuklah barangan kemas, motosikal, telefon bimbit, komputer peribadi, perhiasan kereta, kamera dan pelbagai perkakasan rumah. MTSB membekalkan pelbagai jenama produk termasuklah jenama-jenama yang terkenal seperti Sony, Aiwa, National, Kenwood, Sharp, MEC dan lain-lain. MTSB juga menyediakan Skim Ansuran Murahabah dimana ia disertai oleh kakitangan sektor awam dan sektor swasta di seluruh Malaysia. Sehingga kini, MTSB menguasai di antara 30 hingga 35 peratus pasaran kakitangan kerajaan dengan dengan mempunyai asas pelanggan kira-kira 350,000 orang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64529.pdf]
Text
64529.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics