Kelestarian pembangunan ekonomi Malaysia: suatu cabaran dalam era digital / Dr. Faridah Pardi, Mohd Azlan Abdul Majid and Sutina Junos

Pardi, Dr Faridah and Abdul Majid, Mohd Azlan and Junos, Sutina (2021) Kelestarian pembangunan ekonomi Malaysia: suatu cabaran dalam era digital / Dr. Faridah Pardi, Mohd Azlan Abdul Majid and Sutina Junos. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Abstract

Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara tidak hanya terhad kepada peningkatan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semenjak awal tahun 1980an, konsep pertumbuhan ekonomi telah diperluaskan dengan merangkumi konsep pembangunan ekonomi lestari. Pembangunan ekonomi lestari sesebuah negara dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi yang juga menitikberatkan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar. Pelbagai indikator telah digunakan dalam mengukur pembangunan ekonomi lestari yang telah digunakan oleh Bank Dunia (World Bank) semenjak definisi “sustainable development” diwartakan pada tahun 1989. Di antara indikator yang sering digunakan ialah “Adjusted Net Saving” (ANS) atau merupakan konsep “Nilai Tabungan Bersih Disesuaikan”. Dalam menghadapi era digital terutamanya semasa Revolusi Industri 4.0, Malaysia terus mengorak langkah proaktif dalam menyusun strategi bagi memastikan prestasi pencapaian ANS adalah kekal positif. Kadar ANS yang kekal positif adalah penting bagi menggambarkan prestasi negara yang sentiasa berada dalam kelestarian pembangunan ekonomi. Disamping itu, cabaran utama ekonomi Malaysia dari segi pembangunan digital dan ICT adalah merupakan isu penting bagi sektor ekonomi domestik yang perlu dibincangkan; terutamanya ketika negara dan sektor global sedang dilanda wabak pandemik Covid-19 yang kian menular. Pembangunan digital dan ICT dianggap sebagai salah satu elemen positif yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi lestari sesebuah negara.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Pardi, Dr Faridah
UNSPECIFIED
Abdul Majid, Mohd Azlan
UNSPECIFIED
Junos, Sutina
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Information technology. Information economy. Knowledge economy. Digital divide
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management
Journal or Publication Title: RONA TINTA
ISSN: 2785-9126
Keywords: Kelestarian, Ekonomi Malaysia, Era Digital
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64442
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64442.pdf] Text
64442.pdf

Download (802kB)

ID Number

64442

Indexing

Statistic

Statistic details