Abstract
Transkrip ini membincangkan mengenai pengalaman dan perjalanan hidup seorang tokoh artis veteran dalam industri seni muzik danjuga dikenali sebagi penyanyi lagenda tanah air. Beliau juga telah berkecimpung di dalam industri muzik tanah air lebih dari 30 tahun dan masih meneruskan kerjaya beliau sebagai penyanyi tanah air sehingga kini. Oleh sebab itu, kajian sejarah lisan adalah salah satu alternatif yang terbaik untuk mendalami dan merungkai perjalanan hidup seseorang artis veteran itu sepanjang beliau berada dalam industri muzik tanah air. Hal inijuga disebabkan oleh kesukaran dalam mendapatkan sumber sejarah yang lengkap bagi kajian peristiwa sejarah yang lengkap dan untuk mengkaji masalah berkaitan artis veteran yang semakin dilupakan. Bukan itu sahaja, kurangnya maklumat pendokumentasian artis veteren di kalangan masyarakat sebagai rujukan juga salah satu sebab pengkaji melakukan sejarah lisan. Transkrip ini juga untuk mendokumentasikan pengkisahan kehidupan dan memori artis veteren yang dipilih sebagai rujukan pada masa hadapan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif Menerusi proses temu bual bersama tokoh kami dapat mengetahui lebih banyak perkara yang tidak pernah diceritakan di mana-mana platform. Akhir kata, pengkaji berharap agar kajian ini dapat membantu dalam mendedahkan sejarah lisan hidup tokoh ini kepada masyarakat dan negara.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Nur Zahirah 2019627332 Reduan, NurNabilah Fasihah 2019208492 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Muhammad Yusof, Mohd Azmir UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan, industri seni muzik, tokoh, artis veteran, lagenda, industri muzik tanah air |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64399 |