Abstract
Sejak seluruh dunia dilanda wabak pandemik Covid 19, ianya telah memberi kesan kepada kita dari pelbagai aspek. Bukan setakat ada yang terkesan dari segi ekonomi, ianya turut memberi impak dari segi kesihatan manusia. Sejak Covid 19 mula mengganas, kebanyakkan dari kita terpaksa bekerja dari rumah dan kurangnya aktiviti yang boleh dilakukan di luar rumah kerana bimbang dengan kesan penularan wabak tersebut. Walaupun aktiviti joging dan senaman secara individu di kawasan kejiranan dibenarkan, namun atas faktor kesihatan, ramai yang memilih untuk tidak melakukannya. Kesannya, aktiviti senaman diabaikan dan stamina masing-masing juga turut terjejas. Disebabkan situasi ini lah bersenam dirumah dianggap sebagai sesuatu yang sangat menarik dan relevan dengan keadaan semasa. Anda boleh selitkan slot senaman ringkas diantara tugas-tugas yang perlu diselesaikan dirumah sepanjang hari. Apa yang menariknya, anda tidak perlu untuk berbelanja besar bagi membeli keperluan senaman. Malahan, anda juga tidak perlu untuk bersiap ke gimnasium untuk bersenam. Sebaliknya, anda boleh bersenam di dalam rumah atau dikawasan sekeliling rumah sahaja.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kasim, Syazliana UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Exercise P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | senaman ringkas, rumah, Covid 19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64384 |