Abstract
Arus teknologi telah mengubah dunia tanpa sempadan. Urusan membeli belah menjadi mudah dengan adanya maklumat di hujung jari melalui internet. Pelbagai aplikasi membeli belah secara dalam talian telah wujud seperti Lazada, Shopee, PG mall dan sebagainya untuk memenuhi permintaan pembeli. Pembelian secara dalam talian telah menjadi semakin meningkat semasa gelombang pandemik COVID 19 melanda negara baru- baru ini. Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pembelian secara talian telah menjadi platform utama kepada para pengguna untuk membeli belah sama ada untuk membeli barangan keperluan asas ataupun produk yang memenuhi kehendak masing-masing. Sebagai contoh, orang ramai berlumba-lumba membeli pelitup muka secara dalam talian semasa PKP yang pertama sehinggakan harga yang dijual tidak munasabah apabila permintaan terhadap pelitup muka melebihi had pengeluaran. Pembeli boleh membeli barangan yang ditawarkan secara dalam talian di mana sahaja serata dunia dan pada bila-bila masa.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Baharuddin, Farrah Nadia UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Technological innovations. Technology transfer H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Pembelian, Jimat, Belanja, Lazada, Shopee, PG mall |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64374 |