COVID-19: Pencetus Teknologi Digital / Noor Azillah Mohamad Ali

Mohamad Ali, Noor Azillah (2021) COVID-19: Pencetus Teknologi Digital / Noor Azillah Mohamad Ali. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Abstract

Setahun sudah berlalu sejak krisis kesihatan ini berlaku secara global. Pelbagai perubahan yang dialami telah mengubah lanskap dunia perniagaan. Anjakan perubahan berlaku di dalam dunia perniagaan, di mana model perniagaan perlu diubah bagi memenuhi keperluan semasa. Untuk kekal bersaing di dalam industri dan persekitaran ekonomi yang mencabar ketika ini, strategi perniagaan perlu diubah demi kelangsungan perniagaan. Kenapa perubahan ini berlaku? Semasa pandemik ini tercetus, citarasa pengguna berubah secara drastik, di mana aplikasi e- dagang menjadi pilihan pengguna. Apabila penularan wabak covid ini berlaku, peralihan trend kepenggunaan telah dapat dilihat. Ianya adalah keadaan di mana pengguna lebih mudah dan selesa untuk berurusniaga menerusi platform atas talian. Usahawan perlulah mengubah strategi perniagaan yang baharu. Wabak Covid 19 sememangnya menjadi penggalak kepada kemunculan satu kluster baru dalam perniagaan di mana Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menambah satu segmen pasaran baharu. Tidak pernah terfikir di minda kita bahawa ikan, sayur, buah-buahan juga kini dijual secara atas talian dan ini menunjukkkan bahawa e-dagang di terima bukan sahaja oleh peniaga tetapi pengguna.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Ali, Noor Azillah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Technological innovations. Technology transfer
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management
Journal or Publication Title: RONA TINTA
ISSN: 2785-9126
Keywords: COVID-19, Teknologi Digital, e-dagang
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64370
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64370.pdf] Text
64370.pdf

Download (490kB)

ID Number

64370

Indexing

Statistic

Statistic details