Abstract
Transkrip ini membincangkan mengenai tentang latar belakang dan liku-liku kehidupan seorang tokoh artis veteran di dalam bidang seni muzik tanah air Malaysia. Beliau merupakan seorang artis legenda yang dikenali ramai oleh kerana nama serta personaliti unik yang dimiliki beliau sendiri. Beliau mula menceburi serta melibatkan diri di dalam bidang dan alat muzik sejak kecil lagi oleh kerana minat beliau yang tinggi serta mendapat galakan dan sokongan daripada kedua ibu-bapa beliau sendiri. Pada zaman pasca kemerdekaan ini, namanama artis veteran semakin pudar di mata peminat oleh kerana tidak banyak pendedahan tentang mereka serta lahirnya pelapis-pelapis baharu yang mengikut peredaran zaman sekarang. Oleh kerana itu, kajian sejarah lisan adalah salah satu daripada usaha untuk menghargai dan merungkai tentang latar belakang serta liku kehidupan seorang tokoh artis veteran. Menerusi kaedah temu bual, kami dapat mengetahui sendiri tentang pelbagai pengalaman, permulaan, dan cabaran tentang tokoh dengan lebih mendalam yang sebelum ini tidak pernah diberitakan dimana-mana. Temu bual yang dilakukan telah memberi pelbagai maklumat yang membolehkan kami untuk menerbit serta menghasilkan sebuah transkrip di dalam arkib UiTM. Penutup kata, kami berharap agar pendokumentasian yang dilakukan dapat memelihara serta memberi penghargaan tentang perjalanan kehidupan seorang tokoh artis veteran untuk terus semangat berkarya kepada masyarakat serta negara.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rahmat, Aina Nur Aleesa 2020885234 Ismail Hisham, Khairina Hida 2020899564 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Mahmood, Abdul Rahman UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Programme: | Faculty of Business Management |
Keywords: | Sejarah Lisan; Temu Bual; Bidang Muzik; Alat Muzik; Arkib UiTM; Man Kidal |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64348 |