Abstract
Kemajuan dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka lembaran baru dalam kehidupan individu yang dapat menghubungkan masyarakat seluruh dunia tanpa sempadan. Kewujudan saluran media baru pada zaman ini telah mengubah corak masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain, di mana masyarakat pada masa ini telah menjadikan media baru seperti laman sosial sebagai medium perhubungan yang utama. Dengan kewujudan laman sosial ini telah membuka satu dimensi baru dimana ianya melahirkan golongan yang digelar sebagai “keyboard warrior”. Keyboard warrior atau lebih dikenali sebagai juara papan kekunci ditafsirkan sebagai individu dalam kelompok masyarakat yang cuba menjadi pakar dengan menyampaikan sesuatu pandangan yang dirasakan sahih baginya (walau bukan bidang kepakarannya) serta hanya berani berhujah di sebalik skrin komputer. Kehadiran kumpulan seperti ini semakin kerap dirasai oleh seluruh pengguna laman sosial apabila berlaku sesuatu isu.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Amer, Afizan UNSPECIFIED Abdul Majid, Mohd Azlan UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Social groups. Group dynamics > Social networks > Online social networks P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Keyboard Warrior, Masyarakat, ICT, komputer |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64323 |