Komunikasi seksual (SEXTING) di platform media sosial / Siti Nasarah Ismail and Efina Hamdan

Ismail, Siti Nasarah and Hamdan, Efina (2021) Komunikasi seksual (SEXTING) di platform media sosial / Siti Nasarah Ismail and Efina Hamdan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Abstract

Teknologi komunikasi zaman kini membuka ruang yang lebih luas kepada para pengguna untuk berinteraksi sesama sendiri. Kewujudan pelbagai aplikasi media sosial yang boleh dimuat turun dan dipasang dalam peranti mudah alih secara percuma telah menjadi pemudahcara terhadap bentuk komunikasi baharu secara atas talian. Antara aplikasi media sosial bagi tujuan berkomunikasi adalah seperti Whatsapp, Telegram, Instagram, Snapchat, Twitter, Facebook dan lain-lain. Menurut statistik penggunaan media sosial, pengguna aktif aplikasi ini di Malaysia adalah sebanyak 62% sehingga Januari 2021. Jumlah ini adalah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dan indikasi ini menyatakan bahawa masyarakat Malaysia sememangnya menggunakan aplikasi media sosial ini untuk pelbagai tujuan. Tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi media sosial memberi manfaat kepada para penggunanya, walaupun terdapat isu yang kurang enak berlaku terutama oleh mereka yang telah menyalahguna aplikasi ini. Antara isu yang hangat adalah komunikasi seksual atau lebih dikenali sebagai sexting. Sexting (sex + text) ini bermaksud suatu bentuk komunikasi atau interaksi di antara dua pihak yang mengandungi mesej berunsur seksual sama ada dengan kerelaan oleh kedua-dua belah pihak atau pun tidak. Istilah sexting ini asalnya wujud adalah kerana ia melibatkan mesej seksual dalam ‘Komunikasi Perantara Komputer’ (Computer mediated communication-CMC). Tetapi kini seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi, maka sexting ini turut berlaku dalam apa jua medium aplikasi komunikasi yang boleh digunakan pada pelbagai jenis peranti, termasuklah telefon pintar dan tablet.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Siti Nasarah
UNSPECIFIED
Hamdan, Efina
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Psychology of sex. Sexual behavior
H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Social groups. Group dynamics > Social networks > Online social networks
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management
Journal or Publication Title: RONA TINTA
ISSN: 2785-9126
Keywords: Komunikasi Seksual, SEXTING, Media Sosial
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64313
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64313.pdf] Text
64313.pdf

Download (566kB)

ID Number

64313

Indexing

Statistic

Statistic details