Abstract
Artikel ini saya tulis pada 8 April 2021, sehari selepas ‘sambutan’ Hari Kesihatan Dunia semalam (tidak pasti sama ada ianya benar-benar disambut secara rasmi atau berlalu seperti hari-hari biasa sahaja, kerana para petugas kesihatan dilihat bertugas seperti biasa tanpa ada perasaan lebih gembira berbanding hari-hari lain). Sejujurnya saya sendiri sering alpa dan terlupa dengan kewujudan Hari Kesihatan Dunia ini, meskipun sudah 71 tahun ianya dianjurkan. Bagi menebus kealpaan berulang di atas, saya dengan rendah hati ingin menyumbang sedikit ilmu perubatan yang ada pada saya walaupun saya sedar saya tidak mempunyai kelayakan ikhtisas yang berkaitan di peringkat tertiari. Namun beberapa orang kenalan yang bertugas sebagai doktor perubatan memperakui bahawa kadar literasi perubatan saya adalah melebihi kadar purata kebangsaan. Maka saya yakin apa yang saya akan kongsikan selepas ini adalah boleh dipercayai dan benar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Wahab, Shahrul Amri UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) W General Medicine. Health Professions > WA Public Health |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Kesihatan, UiTM, Hari Kesihatan Dunia |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64307 |