Jabatan Penyiaran Malaysia terus unggul mendepani era teknologi digital / Fakrulnizam Jafri

Jafri, Fakrulnizam (2021) Jabatan Penyiaran Malaysia terus unggul mendepani era teknologi digital / Fakrulnizam Jafri. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Abstract

Dunia penyiaran di Malaysia menyaksikan sejarah kembali terpahat pada 1 April 2021 lalu Jabatan Penyiaran Malaysia atau dikenali dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berpengkalan di Angkasapuri, Kuala Lumpur telah menjayakan sambutan ulang tahunnya yang ke-75 berserta sambutan penubuhan Orkestra RTM kali ke-60. Pelbagai acara gilang gemilang dan beberapa rekod di “Malaysia Book of Records” berjaya mencatat sejarah gemilang serta menyerlah keunggulannya selaku agensi penyiaran awam milik kerajaan yang matang. Pelaksanaan aspek inovasi yang lebih cermat perlu diperhalusi dan dirancang rapi ke atas pelan transformasi 3 tahun tersebut agar RTM terus dan kekal unggul. Hubungan erat antara penyiar serta penggiat seni kreatif radio serta televisyen dan khalayak perlu serasi dalam menjayakan sesuatu pelan tindakan dengan berkesan. Sebagai salah sebuah agensi yang menyampai program dan dasar awam kepada masyarakat, RTM juga turut berperanan menghidangkan pelbagai bentuk rancangan berbentuk majalah, hiburan, drama, sukan dan penerbitan kreatif kepada kumpulan sasarannya. Walaupun RTM tidak perlu bersaing dengan penyiar swasta dan berbayar di dalam industri kerana berbeza ‘gelanggang’ RTM perlu kekal relevan dan penting kepada industri penyiaran tempatan mahupun antarabangsa.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jafri, Fakrulnizam
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus > Faculty of Business and Management
Journal or Publication Title: RONA TINTA
ISSN: 2785-9126
Keywords: Jabatan Penyiaran Malaysia, Era Teknologi Digital, UiTM
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64089
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64089.pdf] Text
64089.pdf

Download (629kB)

ID Number

64089

Indexing

Statistic

Statistic details