UiTM meterai kerjasama dengan AgroBank untuk melonjak kebolehpasaran graduan / Mohamed Syazwan Osman

Osman, Mohamed Syazwan (2022) UiTM meterai kerjasama dengan AgroBank untuk melonjak kebolehpasaran graduan / Mohamed Syazwan Osman. UiTM MOU / MoA.

Abstract

Perkembangan landskap pendidikan pada ketika ini yang semakin mencabar telah membawa kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Agrobank hari ini. Kolaborasi yang dijalin adalah untuk membantu mengukuhkan peluang kepada kedua-dua belah pihak dari segi tenaga kerja, latihan, akademik, pertukaran pengetahuan dan kepakaran. Kerjasama itu antara lain bertujuan untuk melebar luas sinergi dalam membantu membina dan memperkasa bakat yang mengkhusus kepada bidang perbankan serta perkhidmatan kewangan. Hasilnya secara tidak langsung akan melonjak kebolehpasaran graduan dan pekerjaan menerusi program seperti keusahawanan, khidmat masyarakat, pemindahan ilmu, penyelidikan dan inovasi. Berucap pada majlis menandatangani pemeteraian MoU ini, YBhg Datuk Yunos Abd Ghani, Ahli Lembaga Pengarah Agrobank berkata, “Agrobank mempunyai peranan dan tanggungjawab penting untuk membina saluran tenaga kerja masa depan bagi industri perbankan dan perkhidmatan kewangan. Memandangkan persekitaran yang pesat berubah di mana bank perlu beroperasi dengan keupayaan yang optimum, tenaga kerja yang berkualiti merupakan asas kepada kejayaan ini. Oleh itu, universiti seperti UiTM memainkan peranan penting dalam membangunkan saluran tenaga kerja kepada industri dan saya percaya inisiatif bersama di bawah MoU ini mampu memberi sumbangan berharga ke arah membina ekonomi berasaskan pengetahuan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Mohamed Syazwan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UiTM Representative
Kasolang, Salmiah
UNSPECIFIED
Agency Representative
Raja Hussin, Tengku Ahmad Badli Shah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
H Social Sciences > HG Finance > Banking
H Social Sciences > HG Finance > Banking > Malaysia
L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society
L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: UiTM MOU / MoA
Keywords: Universiti Teknologi MARA (UiTM), Agrobank, MoU
Collections: UiTM MoU / MoA
Date: 10 March 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64031
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64031.pdf] Text
64031.pdf

Download (1MB)

ID Number

64031

Indexing

Statistic

Statistic details