Penubuhan jabatan/ institusi fatwa di Malaysia: Kedah, Perlis dan Pulau Pinang / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd. Kamel (Dr.) (2021) Penubuhan jabatan/ institusi fatwa di Malaysia: Kedah, Perlis dan Pulau Pinang / Dr. Mohd. Kamel Mat Salleh. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Kedah: Pentadbiran hal ehwal agama Islam Kedah terletakdi bawah kuasa Sultan. Untuk melaksanakan operasi pentadbiran, Sultan melantik seorang Sheikh al-lslam sebagai pembantu dan penasihat. Jawatan ini kali pertamanya disandang oleh Muhammad Khayat seorang berbangsa Arab yang berkhidmat dari tahun 1901-1903, diikuti kemudiannya (kemudiaannya diikuti?) oleh Syed Abdullah Dahlan (1904-1905) dan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek (1905-1935). Apabila Haji Wan Sulaiman meninggal dunia, kerajaan negeri Kedah telah menubuhkan Majma'Sheikh al-lslam menggantikan jawatan Sheikh al-lslam. Institusi ini dianggotai oleh Kadi Besar Ketika itu, Sheikh Ahmad Wakas sebagai Pengerusi bersama dengan dua orang anggota lain. Pengerusi terakhir Sheikh al-lslam ialah Sheikh Abdul Rahman bin Abdul Latif.
Pulau Pinang: Sejarah asal pentadbiran Islam dilaksanakan oleh seorang kadi yang dilantikoleh penjajah Inggeris. Pemilihan kadi dilakukan oleh masyarakat setempat melihat kepada individu yang mempunyai tahap keilmuan yang tinggi, manakala Inggeris hanya mengeluarkan surat lantikan sahaja. Pada tahun 1915, Inggeris menubuhkan Lembaga Penasihat Islam (Muslim Advisory Board) yang dianggotai oleh orang-orang Arab, India Muslim dan orang Melayu yang berpengaruh dalam masyarakat. la ditubuhkan bagi membantu kerajaan dalam membuat keputusan yang berkait dengan hal ehwal Islam dalam negeri.
Perlis: Islam mula masuk ke Perlis dalam lingkungan tahun 1474. Pemerintahan Perlis banyak dipengaruhi oleh keturunan Syed yang datang dari wilayah Hadramaut di Tanah Arab. Dari sudut penjajahan, walaupun pernah ditaklukoleh kerajaan Siam dan Inggeris, penjajah tidak pernah campur tangan mengenai pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam dan adat Melayu kerana kedua-dua kuasa ini ditadbir oleh Raja sebagai oemerintah.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63836.pdf] Text
63836.pdf

Download (1MB)

ID Number

63836

Indexing

Statistic

Statistic details