Pemerkasaan program pencegahan terhadap isu seks bebas dalam kalangan remaja / Dr. Adibah Bohari

Bohari, Dr. Adibah (2021) Pemerkasaan program pencegahan terhadap isu seks bebas dalam kalangan remaja / Dr. Adibah Bohari. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Dalam proses pembangunan dan pemodenan sesebuah negara, beberapa isu sosial perlu diberi perhatian. Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi yang secara langsung meningkatkan taraf kehidupan setempat, timbul beberapa permasalahan seperti keruntuhan nilai kemanusiaan, moral dan akhlakdalam kalangan ahli masyarakat, terutamanya golongan remaja. Menurut perspektif Islam, perbuatan sumbang di luar nikah telah menyebabkan keruntuhan institusi keluarga. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa usia penglibatan remaja dalam tingkah laku seks berisiko kini semakin awal iaitu bermula sejak kanak-kanak lagi. Semakin ramai dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di negara-negara membangun terlibat dengan hubungan seks sebelum umur mereka 15 tahun (Dixon-Muller, 2009). Isu pengguguran dan pembuangan bayi sering dibincangkan di peringkat global. Hal ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa jenayah ini merupakan kesan daripada keruntuhan akhlak remaja.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63834.pdf] Text
63834.pdf

Download (1MB)

ID Number

63834

Indexing

Statistic

Statistic details