Kenali Mufti pertama kerajaan Negeri Sembilan (Tuan Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Hj. Muhammad Said Al-Linggi) / Dr. Hj. Mohd. Kamel Mat Salleh and Dr. Muhammad Firdaus Haji Abdul Manaf

Mat Salleh, Dr. Hj. Mohd. Kamel and Haji Abdul Manaf, Dr. Muhammad Firdaus (2021) Kenali Mufti pertama kerajaan Negeri Sembilan (Tuan Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Hj. Muhammad Said Al-Linggi) / Dr. Hj. Mohd. Kamel Mat Salleh and Dr. Muhammad Firdaus Haji Abdul Manaf. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Mufti pertama dalam sejarah Negeri Sembilan ialahTuan Syeikh Haji Ahmad bin Haji Mohd Said. Menteri Besaryang pertama iaitu Dato' Haji Abdul Malik bin Yusuf (1948 - 1950) telah menawarkan jawatan ini kepada beliau dan telah dipersetujui oleh para ulama Negeri Sembilan dalam satu persidangan. Awalnya beliau menolak tawaran ini, namun atas asas maslahah dan desakan kuat pembesar serta ulama Negeri Sembilan ketika itu, beliau menerimanya untukmemimpin masyarakat Islam Negeri Sembilan kearah keredhaan Allah SWT. Beliau berkhidmat sebagai Mufti Negeri Sembilan selama 14 tahun (1950-1964). Tuan Syeikh Hj. Ahmad juga telah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1950. Sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, beliau juga adalah Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Hal ini bermaksud, tigajawatan utama institusi Islam Negeri Sembilan disandang oleh beliau iaitu Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Hal ini menunjukkan kredibiliti beliau sebagai seorang ulama berpengaruh di samping tahap keilmuan beliau yang tidak dapat disanggah dan dipertikai.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 63830.pdf]
Text
63830.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics