Abstract
Mufti pertama dalam sejarah Negeri Sembilan ialahTuan Syeikh Haji Ahmad bin Haji Mohd Said. Menteri Besaryang pertama iaitu Dato' Haji Abdul Malik bin Yusuf (1948 - 1950) telah menawarkan jawatan ini kepada beliau dan telah dipersetujui oleh para ulama Negeri Sembilan dalam satu persidangan. Awalnya beliau menolak tawaran ini, namun atas asas maslahah dan desakan kuat pembesar serta ulama Negeri Sembilan ketika itu, beliau menerimanya untukmemimpin masyarakat Islam Negeri Sembilan kearah keredhaan Allah SWT. Beliau berkhidmat sebagai Mufti Negeri Sembilan selama 14 tahun (1950-1964). Tuan Syeikh Hj. Ahmad juga telah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1950. Sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, beliau juga adalah Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Hal ini bermaksud, tigajawatan utama institusi Islam Negeri Sembilan disandang oleh beliau iaitu Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Hal ini menunjukkan kredibiliti beliau sebagai seorang ulama berpengaruh di samping tahap keilmuan beliau yang tidak dapat disanggah dan dipertikai.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Dr. Hj. Mohd. Kamel UNSPECIFIED Haji Abdul Manaf, Dr. Muhammad Firdaus UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Functionaries. Ulama. ﻋﻠﻤﺎء B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Mufti, Negeri Sembilan, ACIS |
Date: | November 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63830 |