Kahwin muda: wajar atau tidak? / Nasif Sidquee Pauzi

Pauzi, Nasif Sidquee (2021) Kahwin muda: wajar atau tidak? / Nasif Sidquee Pauzi. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Isu kahwin sewaktu umur muda adalah antara isu yang menarik dibincang dan dibahaskan bagi golongan remaja dan muda mudi masa kini. Secara zahirnya perkahwinan sentiasa digambarkan dengan keseronokan, keindahan dan kebahagiaan. Namun tidak semua perkahwinan itu adalah seperti gambaran tersebut. Banyak lagi isu-isu tidak enak yang melatari sesebuah perkahwinan. Menjadi tanggungjawab pasangan suami dan isteri untuksama-sama mengemudi bahtera perkahwinan supaya sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. Berdasarkan hadith yang diletakkan dalam pendahuluan, sememangnya Nabi SAW menggalakkan perkahwinan bagi golongan muda. Walau bagaimanapun dalam hadith yang sama Nabi SAW turut memberi panduan agar golongan yang tidak berkemampuan untuk berkahwin, maka seseorang itu perlu berpuasa bagi mengekang nafsunya. Hal ini kerana apabila berpuasa, nafsu seseorang itu akan mudah untuk dikawal dan ianya dapat memelihara individu daripada terjerumus ke lembah maksiat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 63806.pdf]
Text
63806.pdf
Download (971kB)
Indexing & Metrics