Risiko stres terhadap kesihatan: Bagaimana Islam merawatnya / Dr. Adibah Bahori

Bahori, Dr. Adibah (2021) Risiko stres terhadap kesihatan: Bagaimana Islam merawatnya / Dr. Adibah Bahori. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga ketegangan atau stres. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stres atau 'tension'. Peningkatan gejala stres di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Bagi golongan dewasa pula, stres seringkaIi melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga. Setiap individu tidakakan terlepas daripada mengalami stres dan akan menghadapi situasi stres yang berbeza kerana ianya berkait rapat dengan gaya hidup individu dalam masyarakat. Dalam Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, stres termasukdalam kategori masalah kesihatan mental. Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, remaja, golongan dewasa dan warga emas. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati hampirsetengah juta rakyatdi negara ini mengalami simptom tekanan atau depresi. Malah pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan serta bimbang terhadap keselamatan. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 465 kes cubaan bunuh diri antara Januari dan Jun 2020 (https://www.bharian.com.my).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bahori, Dr. Adibah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: stres, kesihatan, Islam, ACIS, COVID-19
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63801
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63801.pdf] Text
63801.pdf

Download (1MB)

ID Number

63801

Indexing

Statistic

Statistic details