Abstract
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah mula menawarkan Program Diploma Pengurusan Halal pada Julai 2018 dan sehingga kini program ini telah menjadi tumpuan masyarakat serta pilihan dalam kalangan pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma UiTM dalam bidang halal. Hal ini dibuktikan sehingga Mac 2021, jumlah semasa pelajaryang masih aktif dalam pengajian telah mencecah seramai 383 orang pelajar. Peningkatan jumlah pelajar ini sudah pasti memerlukan perhatian dan perancangan rapi daripada pihakACIS untuk merencana hala tuju pelajar sesuai dengan industri halal semasa. Peranan dan tanggungjawab ini telah digalas bersama-sama oleh pensyarah-pensyarah yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu kepada pelajar sehingga berjaya melahirkan seramai 116 orang pelajar yang telah bergraduasi dalam tempoh pengajian pada 12 Mac 2021 yang lalu. Impaknya sebahagian pelajartelah menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang industri halal dan ada sebahagian pula mengambil keputusan untukterus bekerja bagi menimba pengalaman lebih awal dalam industri halal. Menyedari potensi pelajaryang semakin berkembang ini, maka penting bagi ACIS meneruskan kejayaan untuk memastikan program ini mampu melahirkan graduan yang bermutu dan memenuhi kebolehpasaran dalam industri halal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sharil, Suhaila UNSPECIFIED Sokhibul Fadil, Siti Aishah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Graduan, ACIS, UiTM, industri halal |
Date: | October 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63784 |