Abstract
Menjalani kehidupan dalam era pandemik bukanlah suatu perkara yang mudah. Di samping setiap usaha dilakukan untuk mengelakkan wabak berjangkit ini dari terus menular, pada masa yang sama setiap anggota masyarakat perlu berusaha keras bagi meneruskan kehidupan dan menjalani rutin harian bagi mencari rezeki. Dalam menghadapi kesukaran bagi meneruskan kehidupan, rakyat Malaysia bersatu hati dengan saling membantu ahli masyarakat yang lain menerusi pelbagai inisiatif dengan menyalurkan bantuan keperluan asas menerusi beberapa kempen tular di media sosial seperti kempen bendera putih dan sebagainya. Pelbagai pihakyang terdiri daripada persatuan sukarelawan NGO, organisasi korporat, badan kerajaan dan individu perseorangan turun padang tampil bagi meringankan beban masyarakat dengan menyalurkan pelbagai bantuan berbentuk keperluan asas bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kehilangan punca pendapatan dan sebagainya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan @ Asan, Amirah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Journalists |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Rembau, Food Bank, ACIS, NGO, |
Date: | September 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63751 |