Abstract
Mac 2022 - Sudah genap dua tahun Malaysia bergelumang dengan pandemik Covid-19. Sukar untuk bergerak jauh. Namun, kesempatan dikurniakan Tuhan untuk melawat tempat- tempat menarik dalam negara sendiri selalu disyukuri. Kesempatan melawat Kuantan, Pahang membawa beberapa keseronokan ringkas tetapi menyegarkan. Pahang begitu sinonim dengan ikan patin masak tempoyak. Jadi, restoran bernama ‘Jaman Tory’ menjadi pilihan hati. Menurut seorang stafnya yang sungguh ramah melayan bila diketahui penulis dari Pulau Pinang, ‘Jaman Tory’ membawa makna ‘Zaman Dahulu’ dalam dialek Pahang. Ikan patin bakar, ikan patin masak tempoyak, daging salai lemak dan sayur-sayuran membuatkan penulis makan bertambah-tambah. Penulis menginap beberapa hari di Swiss Garden, sebuah hotel lama tetapi diselenggara dengan baik. Untung mendapat bilik yang mengadap laut nan menghijau dan kolam yang tampak sungguh jernih dan biru warnanya. Dapat ianya memberi inspirasi menghabiskan beberapa tugasan. Bila bercuti, inilah masanya untuk memanjakan diri walau sebentar. Badan yang sudah sedia lenguh dibawa menjengah spa Cemara Puri untuk diremajakan. Adik yang mengurut orang tempatan tetapi tekanan jari-jemarinya persis orang Bali. Cuma, beliau kurang mesra dengan pelanggan. Mungkin beliau seorang yang begitu pemalu.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aboo Bakar, Rofiza UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Aboo Bakar, Rofiza UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63747 |