Bengkel Perancangan Strategik UiTMCPP 2022: kurangkan keluhan, lebihkan kebaikan / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2022) Bengkel Perancangan Strategik UiTMCPP 2022: kurangkan keluhan, lebihkan kebaikan / Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Bengkel Perancangan Strategik 2022 UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan di Hotel La Crista, Melaka pada 24 - 26 Februari, 2022. Seramai kira-kira 56 orang termasuk Rektor Kampus, Timbalan-timbalan Rektor, Ketua-ketua Pusat Pengajian, Koordinator Perancangan Strategik UiTMCPP serta AJK-AJK Perancangan Strategik setiap fakulti dan jabatan telah menghadiri bengkel ini yang dijalankan secara bersemuka selama tiga hari. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memastikan UiTMCPP dapat mengekalkan kecemerlangan yang dicapai pada tahun 2021 dengan pencapaian cemerlang 96% PI yang turut menempatkan kampus tercinta ini berada pada tangga kelima dalam keseluruhan 13 kampus. UiTMCPP hanya ketinggalan sedikit di belakang kampus-kampus Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak. Dalam sesi ucapan perasmian bengkel, Rektor UiTMCPP, Yg. Bbhg Profesor Dr. Salmiah Kasolang, telah menyatakan bahawa UiTMCPP beruntung kerana mempunyai kira-kira 30% staf yang tidak berkira keringat dan tenaga dalam memastikan bahawa kerja-kerja terlaksana dengan baik. Maka adalah diharapkan bahawa semangat ini turut dikongsi oleh kesemua staf yang tidak selalu berkeluh-kesah, tidak sekadar melepaskan batuk di tangga atau sambil lewa tetapi bekerja bersungguh-sungguh dengan meletakkan azam berbuat kebaikan kepada manusia dan alam sebagai matlamat utama.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63746
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63746.pdf] Text
63746.pdf

Download (271kB)

ID Number

63746

Indexing

Statistic

Statistic details