Penubuhan Jabatan/Institusi Fatwa di Malaysia: Kelantan, Terengganu dan Pahang / Dr Hj Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Dr Hj Mohd Kamel (2021) Penubuhan Jabatan/Institusi Fatwa di Malaysia: Kelantan, Terengganu dan Pahang / Dr Hj Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Kelantan: Negeri Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah lantaran suasana keislaman yang wujud di negeri tersebut persis Makkah al-Mukarramah. Dari sudut sejarah, Kelantan pernah menjadi jajahan takluk Siam sekitar tahun 1899-1906. Dalam tempoh tersebut, Siam meletakkan penasihatnya dalam hal-ehwal pentadbiran kecuali dalam hal-ehwal agama Islam dan adat Melayu. Kesan dari Perjanjian Bangkok 1909 antara Siam dan Inggeris, Kelantan diletakkan di bahah jajahan takluk Inggeris dan dimasukkan ke dalam Negeri-Negeri MelayuTidak Bersekutu. Seperti negeri-negeri yang lain, urusan berkaitan agama dan adat istiadat di Kelantan tetap menjadi bidang kuasa Raja-Raja Melayu.
Terengganu: Terengganu adalah negeri terawal di Tanah Melayu yang menerima kedatangan Islam. la bersandarkan kepada catatan pada Batu Bersuratyang dijumpai di Ulu SungaiTeresat, KualaTerengganu yang menjelaskan bahawa Islam telah sampai ke negeriTerengganu sejaktahun 702H/1303M lebih awal dari Melaka.
Pahang: Catatan sejarah menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke Pahang ketika Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzafar Syah (1445-1458) selepas Pahang ditawan oleh Kerajaan Melaka pada tahun 1454. Sultan Muhammad Syah adalah pemerintah Pahang yang beragama Islam dan ketika zaman ini, Islam telah berkembang dan menjadi agama rasmi negeri. Pada zaman pemerintahan Bendahari Wan Ali (1806-1857), beberapa jawatan aerporttolio agama diwujudkan antaranya mufti, kadi dan guru agama. Mufti pertama Pahang ialah Tuan Haji Abdul Syukur yang berkhidmat dari tahun 1806-1857. Mufti bertanggungjawab menasihati sultan dan mengajar kerabat-kerabat Diraja.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63745.pdf] Text
63745.pdf

Download (1MB)

ID Number

63745

Indexing

Statistic

Statistic details