Abstract
Salah satu daripada kepentingan utama untuk melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar ialah aliran maklumat yang bebas supaya polisi dan tindakan yang sepatutnya dapat dilaksanakan. Adalah mustahil untuk membincangkan mengenai alam sekitar sekiranya tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dan tepat. Peranan sosial pihak media ialah sebagai sumber maklumat dan penulisan yang baik dalam agenda debat umum sebagai objek kontroversi bila kepentingan politik dan pentadbiran melebihi yang dimengertikan kepentingan pendapat umum dan kepentingan yang dilaksanakan oleh pihak akhbar dalam liputan terhadap sesuatu isu (Murch 1971, Becker 1982). Walaupun begitu pihak media mesti memainkan peranan penting untuk memastikan tiada salah faham atau sekatan komunikasi berlaku sesuai di semua peringkat sama ada antara bangsa, negara dan tempatan.