Abstract
Antara langkah syaitan dalam menyesatkan umat Islam adalah dengan membisikkan serta menghasut umat Islam untuk saling bermusuhan, berpecah dan akhirnya memutuskan tali hubungan persaudaraan. Akhirnya, mereka menghindar dan tidak bertegur sapa sesama Muslim tanpa sebab yang dibenarkan agama. Antara yang biasa berlaku adalah perkelahian berkenaan harta. Bahkan ada yang bersumpah untuk tidak mahu bertegur sapa selama-lamanya atau bernazar untuk tidak menziarahi rumahnya. Jika secara tidak sengaja bertemu di jalan, ia segera memalingkan muka. Apabila bertemu di majlis pula, ia hanya bersalaman bersama orang yang sebelum dan sesudahnya tanpa menghiraukannya.Turut berlaku di mana putusnya hubungan tersebut sehingga bertahun-tahun lamanya dan ini jelas diharamkan oleh agama.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hussin, Muhammad Noor UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Silaturrahim, Muslim, ACIS |
Date: | September 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63628 |