Abstract
Tuntutan melakukan amal soleh merupakan perintah Allah SWT ke atas setiap insan agar mereka memperolehi kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Hamka menyatakan bahawa seorang Muslim yang mengakui beriman kepada Allah SWT tetapi tidak melaksanakan amal yang soleh maka jiwanya akan mati. Perkataan'soleh'berasal daripada akar umbi so-la-ha ' memberi maksud baik. Menurut Ibnu Manzur, soleh amalan, perilaku dan pekerjaannya dan suatu yang memperbaiki kerosakan. Di dalam Kamus Dewan, dinyatakan soleh merupakan perkataan Arab yang memberi maksud taat dan patuh kepada perintah Allah. Imam Al-Alusi dalam kitabnya, TafsirMa'ani menjelaskan bahawa insan yang soleh merupakan manusia yang menyerahkan segenap hidupnya untuk menuju ketaatan kepada Allah SWT termasuk membelanjakan segala rezeki yang diberikan oleh Allah ke jalan yang diredhai. Justeru, amalan soleh merupakan amalan yang 'dilakukan' dan yang perlu'ditinggalkan'dengan ketentuan syari'at Islam yang mencakupi aspek ibadah atau muamalah dan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang, Azarudin (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Amal soleh, rezeki, ACIS, |
Date: | September 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63626 |