Belasungkawa: Ustaz Mu‘allim berbakti kepada ibu tanpa jemu / Nasif Sidquee Pauzi

Pauzi, Nasif Sidquee (2021) Belasungkawa: Ustaz Mu‘allim berbakti kepada ibu tanpa jemu / Nasif Sidquee Pauzi. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan telah kehilangan pensyarah yang sangat berdedikasi pada 1 Julai 2021 bersamaan21 Zulkaedah 1442 yang lalu. Allahyarham Ustaz Mu'allim bin Mohd Bakri telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di Bukit Chedang, Seremban setelah diserang angin ahmar pada malam sebelumnya. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Segantang Lada, Rasah. Allahyarham terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut, suka tersenyum dan sentiasa sudi membantu rakan-rakan sejawatan, menyebabkan kehilangannya amat dirasai. Beliau juga merupakan editor pertama yang diamanahkan menerbitkan Buletin ACIS yang diterbitkan pada setiap bulan. Kegigihan dan kesungguhannya untuk menulis dapat dilihat semenjak beliau mula berkhidmat di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun lagi. Allahyarham telah mengeluarkan duit sendiri bersama dua orang rakan yang lain untuk menerbitkan buku berjudul FiqhTiga Serangkai. Jika ditanya pada setiapyang mengenali susuktubuh Allahyarham, semua akan menyatakan beliau adalah seorang yang sangat baik hati. Tidak ada yang pernah berkecil hati dengan beliau, menyebabkan beliau sangat disenangi dalam kalangan rakan-rakan sesama akademi mahupun rakan-rakan daripada fakulti yang lain. Sikap beliau yang gemartersenyum menyebabkan Allahyarham mudah didekati dan disenangi ramai. Tidak hairanlah apabila ramai yang menghadiri majlis tahlil yang diadakan untuk beliau secara dalam talian walaupun keadaan pergerakan adalah terbatas pada waktu ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63622.pdf] Text
63622.pdf

Download (1MB)

ID Number

63622

Indexing

Statistic

Statistic details