Penubuhan jabatan institusi fatwa di Malaysia: Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Dr. Mohd Kamel (2021) Penubuhan jabatan institusi fatwa di Malaysia: Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak / Dr. Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Selangor: Pada peringkat awal, Jabatan Mufti Negeri Selangor adalah satu bahagian dalam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu Bahagian Fatwa. la diketuai oleh Sheikhul Islam iaitu satu jawatan yang mengetuai institusi fatwa di Negeri Selangor. Sheikhul Islam pertama disandang olehTengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdul Rahman yang berkhidmat pada tahun 1935 hingga tahun 1952. Jabatan Agama Islam Selangor secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1948 dan jawatan Mufti mula diwujudkan pada tahun 1953 yang disandang olehTuan Haji Yusuf bin Sahabuddin dan berkhidmat sehingga tahun 1967. Sebelum tahun 1985, hanya terdapat dua orang kakitangan sahaja yang berkhidmat di Bahagian Fatwa iaitu Mufti dan seorang pemandu. Segala urusan pentadbiran dan kewangan adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor. JawatanTimbalan Mufti hanya diwujudkan pada tahun 1991. Jawatan ini diwujudkan bagi membantu Mufti dalam menjalankan tugas mengenai Hal Ehwal Islam sesuai dengan perkembangan semasa. Jawatankuasa Undang-Undang Agama di bawah Majlis Agama Islam Selangor telah ditubuhkan melalui peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 3,1952,40(1). Mufti negeri telah dilantik mengetuai jawatankuasa ini dan ia dianggotai tidak lebih daripada dua orang dari kalangan Ahli Majlis dan tidak lebih dari dua orang kalangan ulama yang mempunyai kelayakan. Pada tahun 1989, jawatankuasa ini ditukar nama kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarakdengan keanggotaan Mufti sebagai Pengerusi dan beberapa orang ahli iaitu Timbalan Mufti, Penasihat Undang-Undang Negeri, seorang dari Jabatan Agama Islam Selangor yang mahir dalam aspek hukum dan sekurang-kurang dua orang ahli tetapi tidak melebihi lima orang dari kalangan ulamayang dilantikoleh Majlis Agama Islam Selangor.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63617.pdf] Text
63617.pdf

Download (1MB)

ID Number

63617

Indexing

Statistic

Statistic details