Abstract
Revolusi Industri 4.0 (4IR) mula mendapat tempat dalam perkembangan teknologi di Malaysia. Hal ini juga melibatkan perkembangan teknologi dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan teknologi ini memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana mampu memberikan dimensi baharu dengan penghasilan produk multimedia interaktif yang lebih komprehensif. Kertas kerja ini membincangkan tentang salah satu kursus yang menyediakan bakal graduan berlatarbelakangkan Bahasa Melayu yang berkebolehan untuk menghasilkan produk multimedia interaktif. Produk multimedia interaktif yang dihasilkan berasaskan pembelajaran bahasa Melayu yang bertujuan untuk mengajar golongan sasaran tertentu. Kursus Bahasa dan Media Interaktif ini merupakan kursus teras yang wajib diambil oleh para pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional) di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Manakala kursus Pembangunan Media Interaktif merupakan kursus lanjutan yang ditawarkan kepada para pelajar program yang sama secara elektif kepada para pelajar pengkhususan bahasa. Objektif utama pengajaran dan latihan bagi kedua-dua kursus yang disediakan ini adalah untuk memastikan para pelajar berkemampuan dalam menyediakan produk multimedia interaktif berasaskan pembelajaran bahasa dan budaya Melayu. Perbincangan dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan menerusi Entrance-Exit Survey (EES), hasil pencapaian pelajar dan contoh-contoh produk aplikasi media interaktif yang dihasilkan oleh para pelajar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab. Wahab, Azhar azharaw@gmail.com Ahmad, Amirah amirah1275.uitm@gmail.com Saupi, Nor Diyana diyanasaupi23@gmail.com |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | Journal of Modern Language and Applied Linguistics |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL) |
ISSN: | 2600-7266 |
Volume: | 3 |
Number: | 4 |
Page Range: | pp. 35-50 |
Keywords: | Pengajaran dan pembelajaran, bahasa Melayu, media interaktif |
Date: | December 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63613 |