Kaedah terjemahan ekspresi dan kinesik / Melati Desa

Desa, Melati (2019) Kaedah terjemahan ekspresi dan kinesik / Melati Desa. Journal of Modern Language and Applied Linguistics, 3 (3): 9. pp. 70-77. ISSN 2600-7266
Abstract

Terjemahan yang baik merupakan sebuah terjemahan yang tidak berbau terjemahan dan bersifat sejadi. Sesuatu projek penterjemahan itu hendaklah dilakukan dengan mendasari kehendak pembaca sasaran. Untuk menghasilkan sebuah terjemahan yang dikatakan bersifat sejadi, penterjemah hendaklah menjalankan tugasan terjemahan tersebut dengan menentukan kaedah, prinsip dan pendekatan tertentu. Dengan mendasari pendekatan yang dipilih, penterjemah bukan sahaja dapat memindahkan kata, tetapi emosi penulis asal juga amat penting untuk dihadirkan dalam teks terjemahan. Inilah yang dinamakan maksud asal penulis tidak menyimpang atau tidak hilang dalam proses terjemahan. Dalam terjemahan novel, elemen yang dipentingkan ialah isi terjemahan tersebut berbanding bentuknya. Dalam kertas kerja ini, beberapa kaedah terjemahan yang digunakan dikaji dalam usah untuk memastikan mesej asal penulis sampai kepada pembaca sasaran. Antara kaedah yang dikupas ialah, kaedah parafrasa, transposisi, idiomatik, persamaan dinamik dan kaedah penerangan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 63608.pdf]
Text
63608.pdf
Download (365kB)
Indexing & Metrics